https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 13 November 2017

Pelepasan Gadaian

Aku telah membuat penyelesaian awal pinjaman rumah menggunakan KWSP pada 11/05/2017. Wife aku pun turut sama bantu aku. Harapkan aku memang tak cukup buat penyelesaian awal. KWSP luluskan permohanan dan membayar terus ke Affin bank bagi pengeluaran wife aku. Manakala bahagian aku, KWSP hantar cek. Bila dah dapat cek memang leceh kena p kaunter Affin bank pulak tu. Semua urusan di buat oleh wife aku. Biasalah kalau melibatkan kaunter memang lama menunggu. Wife aku dahlah kerja terpaksa lah tergesa-gesa ke pejabat setelah urusan di kaunter selesai.


Proses penyelesaian awal pinjaman rumah pun mengambil masa yang lama. Wife aku suruh follow up dengan bank status terkini. Aku buat tak tahu je sebab malas nak amik kisah. Yang penting rumah aku abis bayar sudah. Macam wife aku amik kisah sbb guna KWSP dia kan. Memang patutlah sebab rumah tu pun nama aku bukan harta bersama pun kan. Tapi wife aku ni jenis "willing to help" ikut kemampuan dia lah. 

Pada 17/10/2017 aku dapat surat dari Affin bank suruh buat pelepasan gadaian dalam masa 14 hari dari tarikh surat tersebut. Wife aku kata pelepasan gadaian perlukan duit. Aku buat tak tahu jugak alasan aku takde duit. Wife aku anginlah jugak sebab segala dokumen Perjanjian Jual Beli (Sale And Purchase Agreement), Perjanjian Pinjaman (Loan Aggreement), Surat Ikatan Tugas (Deed Of Assignment) Dan Surat Kuasa Wakil (Power Of Attorney) hilang. 

Wife aku desak, aku buatlah ikut kehendak dia. Aku cuba hubungi peguam masa aku beli rumah tersebut, tetapi peguam tersebut dah tak dapat dihubungi.
RAVICHANDRA SUPPIAH & CO
UNIT A-6, 6TH FLOOR, EXCELLA BUSINESS PARK
JALAN AMPANG PUTRA, TAMAN AMPANG HILIR
55100 KUALA LUMPUR
TEL: 03-42781174, 42781175, 42701180
FAX: 03-42781176

Wife aku suruh aku berurusan dengan Malaysia Bar melalui telefon dan email kepada membership@malaysianbar.org.my pada 26/10/2017. Pada 30/10/2017 Malaysia Bar balas email aku berserta Invoice.

Belum buat apa-apa dah kena bayar. Aku memang tak bayar sebab takde duit. Wife aku pun takkan nak tolong bayarkan. Ini baru yuran carian belum apa-apa lagikan.

Wife aku emailkan ke Affin bank berkenaan dokumen yang hilang dan meminta garis panduan dalam menguruskan pelepasan gadaian (Discharge of Charge / Deed of Receipt and Reassignment). Bank balas email berserta borang.



Walaupun dapat balasan email dari Affin Bank, wife aku cuba tel peguam bertanya pasal pelepasan gadaian. Cuba-cuba call walaupun tak kenal pun peguam tersebut. Wife aku nak tahu dokumen apa yang perlu untuk pelepasan gadaian. Peguam tersebut bagitahu perlukan cukai taksiran dan cukai tanah perlu aku dapatkan di JMB sebab rumah aku rumah flat. Yuran pelepasan gadaian bawah RM 700. Wife aku tolong aku isi borang Affin Bank berserta maklumat peguam yang dia call. 

Kena rajin bertanya baru tahu jalan. Macam aku mmg buat tak tahu sebab aku alasan takde duit. Macam wife aku ni sebab dia dah tolong bayar so dia nak outcomenya lah. Aku tak boleh simple2 bagi alasan je. Wife aku pun takde duit jugak tapi dia kata boleh usaha jika dah tahu cost peguam berapa untuk pelepasan gadaian. Mungkin dia cuba pinjam sedara mara dia. Bila terdesak memang perlu meminjamkan. Kami pun mana ada saving.

Wife aku tak isi dokumen yang aku hilangkan. Sebab dia dah tanya peguam bila selesai proses gadaian segala sekuriti dokumen pada bank akan bagi semula. So tak perlu lagi salinan Perjanjian Jual Beli (Sale And Purchase Agreement), Perjanjian Pinjaman (Loan Aggreement), Surat Ikatan Tugas (Deed Of Assignment) Dan Surat Kuasa Wakil (Power Of Attorney), tambah kos pulak membayar setiap salinan. Buat masa ini memang kena cut cost sebab kewangan yang terbatas. Wife aku ni pun dah banyak berhutang sejak kebelakangan ni. Memang agak membebankan dia dengan masalah hutang yang dihadapinya.

Affin bank masih belum update apa2 lagi walaupun borang permohanan telah di emailkan. Tunggu jela sampai urusan antara  Affin Bank dan peguam yang aku lantik. Peguam mesti akan call aku jugak nanti untuk bayaran, dan dokumen yang diperlukan untuk pelepasan gadaian cukai tanah dan cukai taksiran.

Beli rumah sampai abis bayar rumah semua perlukan DUIT. 

Korang doakan semua berjalan lancar ye. Semoga kami dapat dana untuk bayar yuran pelepasan gadaian.


0 comments:

Post a Comment